KUALA LUMPUR: Ringgit mengalami sedikit peningkatan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, dengan kebanyakan peniaga tidak sabar-sabar menantikan imbuhan daripada Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Pada 6.02 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.7255/7310 berbanding dolar AS daripada 4.7295/7335 pada penutup semalam.
Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, pasaran mata wang kini menggunakan pendekatan tunggu dan lihat.
"Pasaran pertukaran mata wang asing menjangkakan belanjawan yang akan datang tidak melibatkan rangsangan fiskal yang berlebihan. Ia sebaliknya akan menumpukan pada pengagihan semula dasar, seperti mengurangkan subsidi untuk golongan kaya dan menyediakan bantuan kewangan kepada golongan kurang berkemampuan.
"Namun begitu, peralihan hala tuju dasar ini mungkin memberi manfaat kepada ekonomi dan mungkin membuahkan hasil positif untuk ringgit apabila kebimbangan berkaitan belanjawan kembali mereda," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding yen kepada 3.1740/1779 daripada 3.1716/1745 pada penutup Isnin, jatuh berbanding euro kepada 5.0095/0153 daripada 4.9811/9853 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7982/8049 daripada 5.7634/7682.
Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.
Ia lemah berbanding baht Thailand kepada 12.8571/8773 daripada 12.7435/7588 pada penutup Isnin dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4619/4662 daripada 3.4542/4574. Ia juga susut berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.32 berbanding 8.30/8.31 sebelum ini.
Bagaimanapun, ia naik berbanding rupiah Indonesia kepada 300.1/300.8 daripada 301.3/301.7 pada penutup semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Pada 6.02 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.7255/7310 berbanding dolar AS daripada 4.7295/7335 pada penutup semalam. - Gambar fail/Bernama
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Imbuhan dalam belanjawan dorong ringgit ditutup tinggi
Ringgit mengalami sedikit peningkatan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, dengan kebanyakan peniaga tidak sabar-sabar menantikan imbuhan daripada Belanjawan 2024.
Ringgit dijangka terus berada dalam aliran menurun minggu depan
Kenaikan 50 mata asas yang mengejutkan oleh Bank of England serta pendirian menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat akan berterusan buat masa ini.
Jepun sedia campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang
Jepun bersedia untuk campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang jika perlu dan terus memantau pasaran dengan lebih teliti, lapor Xinhua.